Assalamualaikum semua, nama aku Suraya. Sekarang aku pelajar universiti. Aku nak cerita pengalaman kakak aku yang ternampak hantu sewaktu kami cuti sekolah di kampung.
Okay ini cerita dari kakak.
Haritu kakak saja pergi belakang rumah nenek naik basikal. Agak jauh kakak aku pergi untuk ambil angin. Umur kakak aku waktu tu 17 tahun dan aku 12 tahun, jadi dia agak bebas. Waktu tu dalam pukul 6pm, jadi dia tak risau sebab masih terang.
Sampai ke kebun pakmat kakak aku menjelajah. Kebun pakmat memang tak terjaga. Tak berapa jauh dari rumah nenek aku tapi agak terlindung sebab sekitarnya hutan. Kebun tu agak luas dan ada banyak buah-buahan walaupun terbiar. Pokok pisang, rambutan, durian dan banyak lagi. Tambah lagi waktu tu musim rambutan. Banyak rambutan bersepah di tanah dan tergantung di pokok. Walaupun kakak aku geram nak petik, tapi dia tak petik. Sebab depan rumah nenek pun ada banyak buah rambutan.
Tengah asyik kakak aku mengayuh, tiba-tiba kakak aku dengar suara macam berborak tapi dalam keadaan berbisik. Tambah pelik lagi, suara tu bukan dengar macam dari bawah, tapi atas pokok.
Kakak aku kata dia buat muka selamba tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Perlahan-lahan dia kayuh lagi laju untuk patah balik ke rumah nenek. Kayuh punya kayuh, besi roda tayar basikal pulak tercabut. Memang tak ada masa untuk dia betulkan, dia jalan dengan laju sambil bawak basikal.
Masa tengah berjalan, dia masih dengar suara tu. Bahasanya tak difahami, tapi makin kuat. Perasaan ingin tahu kakak aku meluap jadi dia pun mendongak keatas untuk tengok siapa atau apa yang bercakap. Tak tahu dari mana kekuatan dia untuk tengok, tapi memang dia betul-betul terkejut bila nampak ada satu pontianak terbang atas pokok. Pontianak tu terbang kehulu hilir sekitar pokok pisang. Bajunya warna merah darah dengan rambut yang sangat panjang tapi kusut. Kakak aku kaku, memang betul-betul kelu lidah waktu tu.
Yang paling menakutkan, pontianak tu pandang kearah kakak aku macam marah sebelum makhluk tu mengilai. Kakak aku apa lagi, terus lari tinggalkan basikal. Sempat kakak aku toleh belakang dan benda tu ikut kakak aku macam kejar sambil mengilai. Kakak aku lari sampai kawasan yang terbuka. Dia toleh pontianak tu dah tak ada. Itulah kali pertama kakak aku nampak hantu, jadi esoknya dia demam.
Esoknya aku cerita dengan kawan-kawan sekampung. Sebenarnya mereka semua dah tau yang kebun pakmat memang macam ada "penjaga". Ramai yang dah nampak benda menakutkan waktu lalu tepi kebun pakmat. Ada yang kata pakmat sibuk uruskan kerja dia bandar sebab tu dia "upah" penjaga untuk jaga kebun dia. Sama ada cerita itu betul aku pun tak tahu.
Tapi bagi aku, orang yang bela "penjaga" ni agak selfish. Iyelah, kampung ni bukan kampung dia sorang je. Walaupun itu tanah dia, tapi fikirlah orang yang lalu tepi jalan untuk melintas. Bila jadi benda-benda macam ni, orang trauma sebab nampak benda yang tak sepatutnya kita nampak. Contohnya kakak aku. Kakak aku pun satu, berani betul pergi hutan sendiri. Apa-apa pun, aku harap cerita aku ni dapat bagi pengajaran.