Assalammualaikum semua. Aku peminat tegar cerita hantu dan aku suka tengok cerita hantu. Aku tak pernah tengok hantu depan mata sampailah satu masa. Aku terkena histeria di sekolah bila ada bangunan baru nak dibuat. Ustaz kata, kawasan “dia” dah diganggu, jadi dia ganggu budak-budak sekolah termasuk aku.
Sejak dari kena histeria, aku boleh nampak dan rasa kalau “benda” tu ada di sekeliling aku. Mula dari situ, aku pernah nampak hantu pocong, puntianak, lembaga hitam (selalu), orang tua bongkok & etc. Aku bukan nak bangga tapi sebenarnya aku rasa tak tenteram sebab benda tu mula menggangu aku.
Rumah aku 2 tingkat & ibu aku selalu jatuh tangga. Padahal terang benderang kawasan tangga tu. Selalu pagi-pagi kalau ibu aku nak turun bawah buat breakfast mesti kaki dia macam terlanggar sesuatu dan jatuh. Aku pelik, nak kata ibu aku rabun sakit, mmg tak. Sihat walafiat, mata pon cun lagi.
Pernah aku tertidur di sofa ruang tamu bawah. Masa tu semua keluarga aku dalam bilik. Dlm pukul 3 pagi aku tersedar sebab terdengar ada suara bercakap-cakap sebelah aku. Bila aku bangun, masyaAllah! Ada nenek tua pegang tongkat duduk di tangga. Masa tu hanya Allah je tahu perasaan aku. Lepas aku baca ayat kursi terus benda tu hilang. Esok aku terus bagitahu ibu, ibu kata sebenarnya ada benda menumpang kat rumah kita. Pernah aku nampak lembaga hitam duduk depan rumah aku. Macam menjaga rumah aku. Patutlah bila malam, orang tak jumpa rumah aku.

Bila macam-macam jadi, keluarga aku terus jumpa ustaz yang biasa rawat kami. Ustaz kata memang ada yang menumpang di rumah tu. Lepas semua, alhamdulillah dah okey. Ibu dah tak jatuh lagi dan orang dah boleh nampak rumah aku.
Sejak dari histeria dulu, aku dah boleh rasa kalau benda tu ada.
Paling banyak kali aku jumpa hantu masa aku belajar matrik. Selama setahun aku duduk situ, setahun jugak hantu kenal aku. Aku pernah kena tarik katil masa tengah tidur. Masa mula-mula masuk, felo ada cakap, jangan belajar sampai lewat malam. Lepas pukul 12am, kena tidur dan jangan belajar. Aku peliklah sebab aku jenis belajar pukul 2-3 pagi ke atas. Pernah, masa tengah tengok cerita conjuring, tiba-tiba almari aku terbuka dan dengar bunyi tepuk tangan.
Tips: cakap kuat-kuat bila kene kacau 'Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku!'