Assalamualaikum, nama aku nana. Aku ada kelebihan yang orang kata sebagai sixth sense. Walaupun aku tak boleh nampak secara langsung, tapi aku boleh rasa kehadiran makhluk ghaib. Aku ingin bercerita tentang satu pengalaman misteri yang aku alami
.
Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2010. Waktu itu aku baru menamatkan diploma dan sedang menunggu keputusan. Ramai kawan-kawan aku bercadang untuk bekerja sampingan. Aku memilih untuk membantu dalam program perkhemahan anjuran universiti, disamping orientasi kepada pelajar baru persatuan kami. Lagipun pensyarah yang mengajak aku untuk ikut sekali.
Nak dijadikan cerita, aku ikut membantu di malam perkenalan. Program pertama malam itu berjalan dengan baik. Program kedua adalah acara duduk keliling unggun api dan renungan malam. Program itu bermula pada pukul 12 malam dimana pelajar baru bernyanyi sambil berjalan mengelilingi unggun api.
Waktu acara itu berjalan, aku rasa macam ada ramai sangat orang disitu. Lebih dari yang sepatutnya. Padahal jumlah keseluruhan pelajar baru, fasilitator dan pensyarah adalah dalam 50 orang sahaja. Aku juga rasa macam ada makhluk besar yang mengawasi kami dan makhluk yang terbang melayang-layang di udara. Aura mereka seperti tidak senang dengan kehadiran kami. Oleh kerana itu, aku menasihati mereka untuk berhati-hati sebab aku risau kalau apa-apa jadi.
Tiba-tiba, ada seorang pelajar perempuan pengsan. Aku apa lagi, terus pergi kearah dia, sebab kebetulan aku ada dekat dengan mereka. Aku cuba nak papah dia supaya dia duduk dalam dewan. Aku dan beberapa orang fasi lain cuba untuk papah, tapi pelik sebab badan dia betul-betul berat tak sesuai untuk badan macam tu. Walaupun berat, kami papah sampai masuk dewan.
Ada jugak fasi lain yang cari ustaz dan pensyarah. Kami terus ke bilik kecik dalam dewan. Dalam tu ada katil yang kami sudah sediakan kalau ada pelajar sakit. Waktu aku masuk ke pintu dewan, aku perasan ada angin yang berhembus betul-betul dekat pipi. Apalagi, naik terus bulu roma aku. Tapi aku taknak banyak fikir dan buat macam biasa. Kami baringkan pelajar itu dan ada seorang fasi yang urutkan kepala dia. Tiba-tiba lampu bilik mati! Kami betul-betul terkejut sebab cuma bilik tu saja lampu tiba-tiba mati. Kami cuba tengok kalau ada masalah lampu atau elektrik tapi tak ada. Ramai yang berkumpul diluar bilik. Ustaz dan pensyarah terus datang untuk tengok keadaan budak tu.
Tiba-tiba pelajar perempuan tu duduk, tapi pandangannya kosong. Ustaz seperti tau apa yang nak buat terus bagi salam. Kami mengarahkan pelajar lain untuk duduk luar sebab tak mahu yang lain takut. Yang tinggal dalam bilik tu cuma ustaz, pensyarah dan beberapa orang fasi termasuk aku. Lepas ustaz bagi salam, terus pelajar tu jawab salam. Kami betul-betul terkejut sebab bukan suara perempuan yang keluar, tapi suara garau macam lelaki! Kami perasan macam ada 3 suara berlainan yang jawab salam dan suara itu keluar dari mulut pelajar tu! Terus ustaz tanya beberapa soalan dekat "pelajar" tu.
ustaz : assalamualaikum, boleh saya tau nama kau?
suara 1: wa`alaikum salam, saya anaknya..
suara 2: wa`alaikum salam, saya neneknya..
suara 3: wa`alaikum salam, saya penjaga dari abangnya...
suara 4: wa`alaikum salam, saya penjaga dari ibunya..
ustaz : kenapa kamu ada dalam badan budak ni?
suara 1: kami disini untuk melindungi anak ini, kerana banyak makhluk yang ingin ganggu dia..
ustaz : keluar kamu dari badan dia sekarang. Kami yang ditugaskan untuk jaga dia sementara dia disini, jadi kamu semua tak perlu risaukan dia.
suara 1 : baiklah jika begitu, assalamualaikum.
suara 2 : assalamualaikum...
Lepas dengar salam dari suara terakhir, pelajar itu terus tidur dan lampu bilik pun terpasang dengan sendiri. Pelajar itu pun terus sedar.
Siasat punya siasat, kami dapat info dari kawan-kawan rapat pelajar itu yang dia memang diberi saka dari ibunya. Dan pelajar itu selalu dirasuk oleh 4 makhluk halus itu juga, lagi kalau dia berada di tempat-tempat yang agak keras.