Diganggu di Hospital


Kisah benar ini baru terjadi ketika saya dan keluarga menemani abah di salah sebuah hospital swasta. 


Hari sudah lewat, kira-kira pukul 11 malam. Jadi saya bersiap untuk balik ke rumah sewa sebab tak ada tempat tidur yang selesa di wad. Lagipun badan saya letih sangat lepas jaga abah.

Saya parkir kereta siang tadi
di tingkat LG. Sebab sudah lama habis waktu melawat, banyak lif tak berfungsi. Cuma satu ja lif yang boleh digunakan. Saya masuk lif dan lif berhenti tingkat 2. Masuklah sebuah keluarga dengan bayi baru. Mereka nampak sungguh gembira. Mungkin sebab baru menyambut kelahiran cahaya mata.

Si bapa tersengih sambil berbual dengan si kakak/adik perempuannya.

"Kamu ingat tak dialog cerita karak; 'encik ada nampak emak saya tak??'"
Sambil bergelak ketawa mereka bercerita mengenai cerita seram Karak.

Mereka keluar apabila lif sampai ke tingkat G, kecuali saya sebab saya mahu ke tingkat LG. Lepas sampai tingkat LG, saya bingung apabila mendapati pintu keluar masuk sudah dikunci. Dalam hati bukan main resah sekali sebab tak tahu macam mana nak keluar dari situ. Lama kemudian, saya dapat idea untuk keluar, iaitu melalui pintu di level G kerana tak mungkin ada sesiapa yang boleh buka pintu di LG itu sekarang.

Jadi saya tunggu semula lif untuk naik ke tingkat G. Untuk pengetahuan semua, lif ini panjang kerana digunakan untuk membawa pesakit. Bila saya perhati sekeliling kawasan, rupanya bilik hadapan lif itu adalah bilik menyelenggara mayat! Saya cuba buat biasa dan terasa lega sekali apabila mendengar suara orang bercakap dalam lif itu. Saya fikir mungkin ada nurse yang turun, mungkin sudah habis kerja. 

Tapi bila pintu lif terbuka, rupanya tak ada orang! lif kosong. saya cepat-cepat masuk lif dan tekan butang G. Saya diamkan diri dan tunduk dalam lif sampai di tingkat G. Dah sampai saya terus jalan laju ke kereta. Waktu hendak membuka kereta, tiba-tiba ada seorang wanita berjalan laju menuju ke sebuah CRV selang 3 kereta dengan saya. Saya pelik macam mana kakak tu boleh keluar sedangkan pintu keluar masuk di tingkat LG terkunci?


Kakak tu mengerling ke arah saya dan terus pergi dengan cepat. Semasa dia nak pergi pun dia masih menjeling ke arah saya.


Saya pun balik macam biasa. Sampai rumah, saya rasa sangat letih jadi saya tak mandi cuma tukar baju. Saya terus baring atas katil selepas saya tutup lampu. Sebelum terlelap, saya ada berborak di facebook mengenai bilik menyelenggara mayat tadi. Bila terlalu mengantuk, saya letak handphone saya di sebelah dan cuba tidur. 


Tapi tiba-tiba blackberry saya menayangkan sebuah kisah seram melalui youtube. Padahal saya tak buka youtube langsung, apatah lagi kisah seram! Saya cuba tekan butang kembali tapi handphone saya hang. Bukan sekejap, 10 minit handphone saya hang. Cuma suara ja boleh perlahan, jadi saya perlahankan suara. Memang sangat cemas, sampaikan masa tu saya hampir baling handphone saya sebab terkejut. Lama sikit, handphone saya kembali seperti sediakala.

Sudah pukul 2:30 pagi, tapi saya masih belum tidur. Saya cuba pejamkan mata, tapi imaginasi pintu bilik di hospital itu terus mengganggu lena saya. Seolah-olah saya ada di satu alam yang lain dan bukan di bilik sendiri.


Saya terlalu mengantuk, tapi tiba-tiba katil saya seperti dilanggar sesuatu. Saya terus terjaga tapi tak nampak apa-apa. Perasaan saya berdebar. Dalam hati saya baca ayatul kursi dan surah 3 qul. Bacaan saya tersekat di surah an-nas, saya seperti terlupa surah tersebut, jadi saya baca auzubillahiminassyaitonirrajim 3 kali dan mula membaca surah an-nas.


Setelah agak tenang saya cuba tidur semula. Tapi tidak lama saya dengar bunyi guli jatuh di atas lantai. Mula-mula dengar macam 3 biji guli jatuh. Dalam hati saya baca ayat Kursi. Saya baca surah itu sebanyak yang mampu. Entah berapa kali bunyi guli saya dengar, tapi lagi kuat. Mungkin dua kali sebelum keadaan jadi senyap semula. Saya bangun dan ambil air sembayang. Selesai wudhu dan solat, saya membiarkan bilik terang benderang dan kembali tidur. Alhamdulillah lepas itu dapat tidur lena.

Pagi itu sepatutnya saya kena datang ke hospital jam 6 pagi tapi saya terlajak tidur sebab terlalu letih.


sekian, pengalaman misteri saya

Kisah yang tak boleh dilupakan

Hai semua, nama aku Rai. Aku hendak cerita kisah aku waktu aku baru berkahwin 10 tahun dulu. Masa itu aku belum bekerja.

Suami aku berniaga sendiri dengan membuka kedai cyber cafe. Jarak antara rumah dan kedai kami agak dekat. Maksudnya kamu boleh jalan kaki ke kedai. Masa itu orang selalu datang ke cyber cafe tak kira siang atau malam. Masa itu juga, bukan semua orang ada internet di rumah. Jadi tak pelik lah kalau ramai orang sanggup habiskan duit untuk datang ke cyber cafe. Oleh sebab ramai pelanggan, ada masa suami aku akan balik lewat malam. Paling lambat suami aku pernah pulang pukul 5 pagi. Tapi biasanya pukul 12 dia sudah balik.

Kadang-kadang aku bosan di rumah. Kadang-kadang aku ikut dia ke kedainya untuk membantu walaupun tak disuruh. Tapi suatu hari, aku ikut suami aku ke tempat kerjanya. Tanpa aku tahu, hari itu adalah antara hari yang paling tak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Malam itu suami aku buka kedai sampai pukul 3 pagi. Aku tengok jam masih pukul 1 am pagi. Suami aku agak sibuk kerana masih ramai pelanggan dan dia perlu menjaga meja utama kerana ada duit dan dia perlu sentiasa ada di komputer. Oleh kerana aku bosan, aku cuba membantu apa yang patut. Aku kutip sampah di kedai dan aku kumpulkan semua sampah yang ada untuk dibuang. Dalam 30 minit baru aku siap-siap kemas. Aku terus keluar melalui pintu belakang untuk membuang sampah.

Lepas selesai buang sampah, tiba-tiba aku terbau sesuai yang busuk. Aku ingat ada orang yang bakar sampah. Tak terfikir pula aku siapa yang bakar malam-malam buta ni. Tapi bodohnya aku sebab aku mencari dari mana datangnya bau busuk tu.

Kedai suami nombor 3 dari tepi. Tepi kawasan kedai ada hutan dan sepanjang kawasan belakang ada hutan. Aku cuba mencari dari mana bau busuk tu sambil jalan diantara kawasan pokok dan kedai. Sampailah ke satu pokok Jambu air..Aku terkedu. Masa tu macam nak tercabut nyawa aku. Aku ternampak satu lembaga besar berwarna hitam, berbulu dan berdiri sebelah pokok tu. Makhluk tu pandang aku!

Satu badan aku kaku sebab terkejut.

Tiba-tiba aku dengar suara suami aku,
"sayang buat apa dekat sini?" suami aku cakap.
""itttuu...uuu aaap..pp..paaa?" suara aku terus jadi gagap sebab takut.
(Sambil menunjuk ke arah apa yang aku nampak, suami aku cuba tengok)
"Sayang nampak apa?" ucap suamiku.
"Takde pape!" aku cakap dan terus berjalan laju masuk ke kedai semula. Suami aku ikut dibelakang.

Dalam kedai, suami aku tanya apa yang aku nampak. Tapi aku diam. Aku pelik sebab aku nampak sendiri depan mata makhluk besar tu. Dan suami aku ada sebelah aku waktu tunjuk kepada dia. Kenapa aku seorang ja yang boleh nampak?

Esoknya aku cerita dengan jiran aku apa yang aku nampak di kawasan belakang kedai tu. Jiran aku yang lebih tua umurnya cerita yang rupanya ada makhluk yang jaga kawasan pokok tu. Lagilah dia akan kacau bila aku datang ke kawasan dia pada waktu pagi macam tu!

Jangan jemput makhluk halus!

Assalamualaikum semua. Cerita aku bukan rekaan, bukan dongeng, bukan khurafat dan bukan macam dalam novel-novel seram. Ini kisah yang jadi pada aku sendiri dan saja aku nak kongsi supaya kau sedar apa yang kita buat sampai memanggil makhluk halus.

Cerita aku pasal misteri tukang masak. Tukang masak bertukang, tapi sebenarnya tak ada orang.

Aku bekerja dan duduk rumah sewa dengan kawan-kawan aku di Gombak. Rumah sewa kami di kawasan taman, jadi tak sunyi sangat. Rumah sewa kami rumah tepi dan cuma ada 3 buah rumah sederet. Belakang dan depan rumah kami hutan. Jauh sikit baru ada rumah. Tapi sebab tak ada rumah lain, kami okay la. Lagipun memang susah nak cari. Kalau jumpa pun, mesti mahal.

Rumah kami ada dua tingkat dengan RM1200 sebulan. Okay sangat bagi kami sebab niat kami duduk sini sebab kerja. Rumah sewa aku ada 8 orang termasuk aku. Tapi tak sangka ada juga yang menumpang di rumah kami.

Hari kedua kami masuk sini dah kena kacau. Malam tu tiga orang kawan aku balik kampung sebab hari minggu. Kami lima orang tak balik sebab nak kemas kemas rumah. Aku tidur di tingkat atas. Satu bilik ada dua orang dan ada empat bilik. Kawan sebilik aku balik kampung, jadi tinggal aku seorang.

Malam tu aku tidur lambat. Aku rasa yang lain sudah tidur sebab sunyi sepi. Selalunya mereka suka tengok cerita Korea. Bila tengok, mereka akan gelak dengan kuat. Tapi malam ni senyap. Mungkin penat kemas rumah petang tadi. Sudah pukul 2 pagi, tapi aku masih belum tidur sebab aku masih baca novel.

Tiba-tiba aku dengar bunyi macam orang bertukang di dapur. Mula-mula aku fikir mungkin jiran sebelah baru balik sebab tu bising buka pintu pagar atau apa-apa la. Memang aku tak fikir langsung tentang “benda” tu. Jadi aku buat tak endah. Dalam 10 minit lepas tu bunyi tu hilang. Masa tu pun aku mengantuk nak tidur, jadi aku tidur macam biasa.

Lama-lama kami duduk sini, bunyi tu masih ada. Bunyi seperti orang memasak dan bunyi orang potong ayam di dapur. Kami jadi seram sejuk sebab bunyi tu selalu dengar. Bukan aku saja yang dengar, kawan lain pun dengar. Bunyi tu lagi kuat lagi-lagi bila kami nak tidur pada waktu malam. Iyelah, masa tidur mestilah senyap, tapi kami dengar macam-macam. "Benda" tu tak kacau hari-hari tapi selalu.

Seorang kawan aku pernah cakap yang dia terdengar macam ada orang ketuk tingkap waktu dia dalam tandas tingkat bawah. Padahal rumah tepi hutan. Tandas tu tingkapnya mengadap hutan. Siapa pula yang ketuk?

Kadang-kadang bau wangi dengan tiba-tiba. Memang pelik, tapi nasib baik wangi bukan busuk, sebab kalau busuk bahaya.

Pernah kawan aku cerita dia ternampak “benda” tu dalam tandas bawah waktu pagi. “benda” tu duduk atas tuala wanita kawan aku.

Kami kena kacau pagi dan malam. Bila aku teliti balik, aku fikir mungkin jin suka tinggal sini. Mana taknya sesetengah kawan serumah aku pengotor dan pemalas! Bukan semua, tapi macam kata pepatah, ' sebab nila setitik, habis susu sebelanga'. Bila ada sesetengah yang guna dapur, terus bersepah dan kotor. Tapi mereka tak kemas semula. Kadang-kadang kalau ada masa, aku dan kawan aku yang akan mengemas. Aku sebenarnya jarang guna dapur, jadi aku bukan hari-hari masuk dapur untuk tengok keadaan dapur. Padahal makan kalau ditinggal kan dua hari pun dah busuk.

Makan pun tak pernah nak basuh pinggan walaupun sendiri punya. Tak tahu lah siapa yang akan basuh kan.
Bayangkan tuala wanita (pad), lepas basuh terus campak dalam tandas. Kadang-kadang sampai tuala wanita termasuk dalam mesin basuh, basuh sekali dengan baju. Pemalas betul.

Aku pun perasan, kawan-kawan aku ada yang suka cerita Korea. Tak apalah nak suka cerita Korea pun. Tapi bila tengok cerita Korea, mereka akan gelak kuat, menari atau menjerit-jerit. Lebih kurang hari-hari macam tu. Ada juga yang balik rumah waktu maghrib dan kadang lewat malam. Kau nampak tak siapa sebenarnya yang panggil “benda” tu datang?

Dah setahun kami duduk rumah ni. Lama-lama kami jadi tak tahan. Kami bercadang untuk buat kenduri kecil-kecilan untuk baca Yassin. Ajak orang surau dan ustaz. Ada seorang ustaz ni cakap tepi rumah kami macam ada sesuatu. Tepi rumah yang ustaz tunjuk ada pokok besar. Pokok tu satu dan lebih besar dari pokok lain. Ustaz kata ada benda jaga dan ada sebab orang tak tebang pokok tu. Ustaz tolong tengok kan kawasan rumah kami sebelum dia suruh buang tiga teddy bear kami. Ustaz kata benda tu mudah duduk dalam rumah bila ada anak patung. Jadi kami dengan berat hati bakar teddy bear semua.

Alhamdulillah rumah kami rasa selamat sikit dari dulu.
Aku cuma nak cakap kalau rumah sewa macam berhantu, cuba fikir balik sama ada kebersihan terjaga atau tak. Mungkin kita buat sesuatu yang menarik perhatian 'dia'?

Sekian.

Siapa yang telefon?


Hai, nama aku Ana, aku baru habis belajar. Cerita aku pendek tapi masih lagi menjadi misteri hingga hari ini.

Aku tinggal dirumah keluarga. Kami ada telefon rumah. Telefon tu bunyinya kuat sampai satu rumah boleh dengar. Kalau tidur, boleh terbangun bila telefon itu berdering.

Yang menakutkan, telefon rumah aku selalu berdering antara pukul 1 atau 2 pagi. Bukan tiap-tiap hari, cuma kadang-kadang. Bila aku angkat senyap pula macam tak ada orang. Bila tutup, kadang-kadang berbunyi lagi.

Tambah pelik, telefon tu mesti berbunyi bila aku seorang di rumah. Untuk kepastian, aku tanya keluarga aku yang lain kalau mereka dapat panggilan misteri macam aku. Tapi semua tak pernah. Tak tahulah mungkin aku ja yang rajin angkat telefon. Tapi bunyi telefon tu kuat, takkan orang masih malas nak angkat?

Sampai sekarang, kalau dengar bunyi telefon awal pagi memang terus meremang bulu roma aku. Kadang-kadang ada juga yang telefon lewat malam. Iyelah, kadang-kadang ada keluarga atau kawan rapat yang telefon. Terus aku tegur supaya jangan telefon lewat malam. Bukan apa, aku tak suka asyik rasa takut je.

Aku tak tahulah siapa yang telefon. Nak kata kenakan aku, nombor ni sikit orang je tahu. Lagipun setakat ni tak ada pun orang jumpa aku cakap berkaitan ni. Mungkin bagi hint sikit ke. Kalau kawan aku, rajin betul dia telefon rumah aku ni sebab aku pun ada handphone sendiri.

Nombor Misteri

Aku nak kongsi pengalaman aku yang berlaku masa aku masih lagi belajar di IPTA. Ianya berlaku kira-kira 17 tahun yang lalu pada tahun 1999. Skarang aku dah berumur 35 tahun.

Aku suka beli handphone dan selalu tukar handphone baru. Zaman tu kalau ada handphone baru memang orang akan tengok. Aku suka sangat singgah kedai handphone dan tengok handphone yang terbaru. Masa tu handphone Nokia paling terkenal. Sesiapa yang pakai handphone Nokia Butterfly memang mewah dan aku antaranya.

Bermulalah episode misteri dalam hidup aku..


Kisah pertama:
Ada satu hari pukul 8:30 malam, kami iaitu aku dah beberapa pelajar lain ada perjumpaan fasilitator. Masa tu handphone aku tak ada bateri. Jadi aku tinggalkan handphone aku di bilik hostel. Aku aktif di Universiti dulu, jadi aku selalu pergi perjumpaan dan biasanya akan balik lewat. Selalunya balik pukul 10.30 malam.

Lepas diskusi habis, kami semua balik hostel masing-masing. Sampai bilik, aku tengok handphone aku kalau ada mesej atau telefon dari orang tapi tiada. Tak lama lepas tu, kawan aku Suhaila telefon.

Jam sudah 11:30 malam, dia tanya kenapa aku call dia banyak kali. Dia dapat miss call dari aku dalam 20-30 kali masa aku pergi perjumpaan. Dia risau sebab aku telefon dia banyak kali, takut kalau ada kecemasan. Tapi aku tak call langsung. Lagipun, macam mana aku nak call dia sedangkan aku baru tukar handphone baru dan tak ada nombor dia lagi. 
Kami jadi pelik sebab kami sama-sama datang perjumpaan tu. Aku dan Suhaila antara fasilitator.


Kisah kedua:
Aku dapat call lepas aku solat Isyak. Nombor telefon tu macam dari talian rumah, tapi aku tak tahu siapa. Mula-mula aku tak nak jawab, tapi aku fikir mungkin nombor kawan aku yang aku belum simpan. Jadi aku angkat macam biasa. 

Aku dengar suara lelaki yang call, tapi rasanya aku tak kenal. Dia tanya; kenapa aku asyik buat missed call dekat talifon pejabat dia? Nombor yang aku guna ni yang call dia. Bila dia angkat untuk jawab, aku putuskan call. Banyak kali nombor aku naik sampai dia dah tak tahan dan call aku balik.
Masa tu dia betul-betul marah. Dia kata kalau belajar, belajar betul-betul jangan nak menggatal telefon sana sini. Aduh.. Masa tu aku terdiam sebab aku tak tau nak kata apa.


Kisah ketiga:
Aku nak pergi makan di restoran, luar dari hostel. Masa tengah berjalan, tiba-tiba telefon aku berdering. Aku angkat, tapi macam tak ada orang di talian. Lepastu, bila aku tengok balik received call, tak ada history orang call waktu tu. Macam mana boleh jadi macam tu?


Kisah keempat:
Pukul 12:30 pagi tu, semua kawan sebilik aku dah mengantuk nak tidur. Seorang kawan aku suruh tutup lampu, jadi aku tutup dan bilik jadi gelap sangat.
Tiba-tiba telefon Kawan aku berbunyi. Terus bilik jadi bising. Kawan aku dah mengantuk sangat mintak tolong aku ambikkan handphone dia. Lagipun aku lagi dekat dari bunyi tu. Aku mencari tapi tak jumpa sampai la bunyi berhenti.

Lagi sekali handphone dia berbunyi. Aku masih mencari tapi tak jumpa. Sedangkan lampu handphone pun tak menyala. Biasanya kalau ada orang call, screen handphone akan menyala-nyala, tapi tak. Kawan aku macam nak marah aku sebab aku tak jumpa handphone dia. Lama sikit baru aku jumpa. Bila bagi dekat dia handphone tu berhenti berbunyi. Dua kali terlepas angkat. Kawan aku tengok balik siapa yang call dia malam-malam tu.
Lepas tu dia cakap, MiMi, kenapa kau call aku?
Aku cakap, aku tak call dia. Masa tu pun aku nak tidur, dah siap nak panjat katil sebab katil aku belah atas. Muka aku dah pucat masa tu.
Kak Ma lagi sekali tengok handphone dia. Cuba untuk pastikan, tapi memang sah panggilan tu dari handphone aku. Dua kali miss call dari aku.
Aku tak puas hati, jadi aku buka lampu bilik. Aku ambil handphone aku dan tunjuk kawan aku yang aku tak buat call.
Masa aku ambik tu, handphone aku tengah mati (switch off) dan aku tunjuk kawan aku. Serta merta kawan aku menjerit ketakutan. Aku terus bukak bateri dan buang nombor tu. Malam tu kami tidur sekatil dengan lampu menyala. 
Jadi lepas tu aku nekad tak pakai nombor tu. Aku beli prepaid dan top up setiap bulan. Lagi bagus daripada terima panggilan pelik-pelik dan ada mangsa missed call.
Aku bayar semua bill dan matikan nombor tu. Bill talifon sampai rumah. Bila aku tengok, tak ada history nombor yang call semua tu.



Apa misteri disebalik nombor tu? Aku pun tak tahu..

Terbuka hijab selepas diserang histeria

Assalammualaikum semua. Aku peminat tegar cerita hantu dan aku suka tengok cerita hantu. Aku tak pernah tengok hantu depan mata sampailah satu masa. Aku terkena histeria di sekolah bila ada bangunan baru nak dibuat. Ustaz kata, kawasan “dia” dah diganggu, jadi dia ganggu budak-budak sekolah termasuk aku.
Sejak dari kena histeria, aku boleh nampak dan rasa kalau “benda” tu ada di sekeliling aku. Mula dari situ, aku pernah nampak hantu pocong, puntianak, lembaga hitam (selalu), orang tua bongkok & etc. Aku bukan nak bangga tapi sebenarnya aku rasa tak tenteram sebab benda tu mula menggangu aku. 
Rumah aku 2 tingkat & ibu aku selalu jatuh tangga. Padahal terang benderang kawasan tangga tu. Selalu pagi-pagi kalau ibu aku nak turun bawah buat breakfast mesti kaki dia macam terlanggar sesuatu dan jatuh. Aku pelik, nak kata ibu aku rabun sakit, mmg tak. Sihat walafiat, mata pon cun lagi. 

Pernah aku tertidur di sofa ruang tamu bawah. Masa tu semua keluarga aku dalam bilik. Dlm pukul 3 pagi aku tersedar sebab terdengar ada suara bercakap-cakap sebelah aku. Bila aku bangun, masyaAllah! Ada nenek tua pegang tongkat duduk di tangga. Masa tu hanya Allah je tahu perasaan aku. Lepas aku baca ayat kursi terus benda tu hilang. Esok aku terus bagitahu ibu, ibu kata sebenarnya ada benda menumpang kat rumah kita. Pernah aku nampak lembaga hitam duduk depan rumah aku. Macam menjaga rumah aku. Patutlah bila malam, orang tak jumpa rumah aku.
Bila macam-macam jadi, keluarga aku terus jumpa ustaz yang biasa rawat kami. Ustaz kata memang ada yang menumpang di rumah tu. Lepas semua, alhamdulillah dah okey. Ibu dah tak jatuh lagi dan orang dah boleh nampak rumah aku.
Sejak dari histeria dulu, aku dah boleh rasa kalau benda tu ada.
Paling banyak kali aku jumpa hantu masa aku belajar matrik. Selama setahun aku duduk situ, setahun jugak hantu kenal aku. Aku pernah kena tarik katil masa tengah tidur. Masa mula-mula masuk, felo ada cakap, jangan belajar sampai lewat malam. Lepas pukul 12am, kena tidur dan jangan belajar. Aku peliklah sebab aku jenis belajar pukul 2-3 pagi ke atas. Pernah, masa tengah tengok cerita conjuring, tiba-tiba almari aku terbuka dan dengar bunyi tepuk tangan. 
Tips: cakap kuat-kuat bila kene kacau 'Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku!'

Misteri Rumah Lama

Assalamualaikum semua. Aku Arkitek. Kerja aku banyak melibatkan buildings and drawings. Aku penakut. Tengok cerita Zombi Kampung Pisang pun aku jerit separuh nyawa.
Tahun 2008/2009, client boss aku nak buat resort guna rumah-rumah Melayu lama dari Kedah, Melaka, Johor etc. Dia dah beli 12 biji rumah Melayu lama untuk di’renovate’kan jadi resort. Untuk projek ni, boss tugaskan aku untuk buat reinforcement detail drawings untuk rumah-rumah ni. Aku perlu pergi sana, ambil gambar dan fahami bentuk rumah-rumah ni. Kami mula dengan rumah Ipoh dulu.
Rumah Ipoh ni tersangatlah besar. Macam rumah-rumah orang kenamaan dulu kala. Oleh kerana aku terlalu penakut, aku harapkan kawan aku, lelaki ni akan jadi ketua. Tapi sebenarnya dia pun takut. Maka terkepit-kepitlah kami masuk rumah tu. Kawan aku bukan saja penakut, malah mempunyai mulut yang celupar. Bila masuk dalam rumah tu, dia cakap rumah tu macam penah terbakar. Perasan dia terlepas cakap, kami cepat-cepat keluar dari rumah tu. Kami cuma tangkap gambar dari luar.
Seminggu kemudian, boss minta aku lukis rumah Ipoh tu. Untuk pastikan lakaran aku, aku rujuk gambar-gambar yang kami dah ambil. Dalam banyak-banyak gambar, ada 1 gambar paling jelas. Jadi aku guna gambar tu untuk pastikan lakaran aku. 

Masa aku teliti bahagian tingkap, aku nampak sesuatu. Setahu aku tak ada pun tingkap berkaca, tapi tengok gambar macam tingkap tu berkaca. Aku edit bagi jelas guna Adobe Photoshop untuk kepastian. Alangkah terkejutnya lepas aku nampak satu makhluk yang terbakar, dengan kepala terlentok sebelah kiri, lekatkan dua-dua tapak tangan dia kat tingkap tu dan menyeringai. Apa lagi, aku menjerit sekuat hati. Mouse & keyboard pun tercampak sampai jatuh berderai.
Inilah cabaran aku sebagai arkitek dan aku masih simpan lagi gambar tu. Walaupun aku Arkitek, aku sendiri tak faham kenapa orang sanggup bayar mahal-mahal untuk duduk rumah-rumah lama.

Rumah Sewa keras

Assalamu’alaikum. Aku seorang pelajar disebuah kolej yang baru dinaik taraf jadi universiti. Aku nak cerita pasal benda yang jadi masa kali pertama aku masuk rumah sewa ni sampailah sekarang.
Dari semester 1 lagi aku dah duduk rumah sewa sebab aku malas nak duduk asrama.
Rumah sewa aku atas bukit, kawasan perumahan baru dan 2 tingkat. Bagi aku selesa sebab besar dan ada tandas disemua bilik. Tapi sewa bulanan memang mahal.
Rumah ni memang kosong. Tak ada apa² perabut langsung termasuk katil. Tidur kami hanya beralaskan toto. Aku dapat bilik utama.
Masa mula-mula masuk rumah ni memang aku dah rasa seram sejuk sebab aku boleh nampak dan rasa kalau ada benda macam makhluk halus. Lagipun sini kawasan perumahan baru, tak banyak orang lagi waktu tu. Boleh kata setiap malam anjing akan menyalak depan rumah kami. Bukan setakat depan rumah, tapi dekat belakang rumah pun ada. Bukan seekor, tapi banyak. Tambah pelik lagi, anjing selalu menyalak dekat rumah ni ja..
Nak dijadikan cerita, hari pertama masuk aku tidur macam biasa. Takda apa² gangguan lagi. Tapi lepas selang 2-3 hari aku dah mula rasa, dah mula nampak macam-macam.
Benda pertama aku nampak dalam rumah ni waktu aku nak tidur. Mungkin dalam pukul 12 am. Aku nampak ada benda terapung atas badan salah seorang kawan sebilik aku. Nampak macam lembaga besar terapung betul-betul atas kawan aku ni. Waktu tu aku dengan dia tidur berjarak satu tilam. Kiranya tilam tengah-tengah kami kosong sebab kawan sebilik aku yang lain balik kampung.
Bila nampak lembaga tu aku jadi seram. Jantung aku berdegup kencang bagai nak pecah. Tapi aku tak cerita dekat sesiapa sebab aku taknak takutkan orang lain. Aku tahu mesti ada yang jenis penakut. Jadi aku diam² dulu.

Pernah jugak aku nampak ada benda bertenggek dekat atas almari kawan aku.
Aku terdiam tak mampu nak kata apa.
Bila semester baru, aku tukar bilik. Aku pindah bilik hujung sekali. Tempat aku dekat dengan tandas. Jadi biasalah aku akan dengar orang keluar masuk bilik air.
Pukul 3 pagi aku dengar bunyi orang bukak shower mandi dalam bilik air siap nyanyi mendayu-dayu. Bila aku tengok, semua kawan aku tengah nyenyak tidur tempat masing-masing.
Ada satu hari, waktu cuti semester, rancangan aku nak balik rumah sekejap sebab nak ambik beg baju untuk bawak balik kampng. Aku balik dengan sorang kawan aku. Agak-agak hampir sampai rumah tu, kami dah rasa tak sedap hati. Tapi masing-masing diamkan diri. Malam tu kami duduk di ruang tamu sebab rumah kosong orang tak ada. Sambil makan kami sembang. Tiba-tiba dengar bunyi macam ada orang bukak pintu pagar. Bunyi memang kuat padahal kami dah kunci pagar semua. 

Sebab keadaan macam tu, kami tidur atas. Kawan aku tidur awal, aku belum tidur lagi sebab nak kemas beg. Tiba-tiba aku dengar bunyi orang berlari dekat balkoni. Lepas tu dengar bunyi tapak kaki orang naik tangga ke bilik yang kami tidur. Bunyinya macam hentak kaki dengan kuat dekat tangga. Lama bunyi tu. Aku risau sebab hanya kami berdua dalam rumah tu. Aku fikir bukan-bukan, tapi nak buat macam mana. Aku buat macam tak ada apa-apa dan terus cuba tidur.
Esok pagi aku kemas baju, dah siap kami terus keluar dari rumah walaupun tiket tren lagi 2 jam.
Lama-lama aku tak tahan duduk bilik tu aku tidur dekat ruang tamu bawah sampai sekarang. Aku ingatkan akan kurang sikit jelmaan makhluk tu, tapi lagi teruk adalah. Sebab perabut dalam rumah ni tak lengkap, jadi aku boleh nampak ruang sampai ke dapur. Paling seram sekali bila aku nampak benda tu dekat meja makan. Waktu tu aku tidur atas sofa, sofa ni memandang ke meja makan. Memang terkejut sebab aku nampak makhluk baju putih rambut panjang tengah duduk situ. Nasib baik dia pandang belah sana bukan belah aku. Kalau tak, aku taktau apa akan jadi dekat aku.
Ada jugak satu hari aku nampak lembaga tinggi dan besar. Bentuknya macam orang tengah perhati dekat tingkap dapur. Lama dia duduk situ. Dia macam tenung dekat ruang tamu, tempat aku tidur. Aku rasa tak mungkin orang sebab memang besar lagipun belakang rumah tu gelap dan sunyi. Mana ada orang lalu lorong belakang rumah tu. Hantu raya ke?
Pernah aku nampak kepala terbang. Apa orang panggil, penanggal? Malam tu dalam pukul 8pm, aku baru balik dari kedai runcit. Bukan malam sangat, aku nampak benda tu depan rumah jiran aku. Sekali pandang ingat orang, jadi aku tak kisah la. Kali kedua pandang dia terbang. Terus aku lari masuk rumah.
Satu lagi, aku baru balik dari kedai makan dalam pukul 9pm lebih macam tu, tiba-tiba aku nampak makhluk baju putih rambut panjang tunggu depan pintu rumah. Aku terpaksa buat-buat tak nampak. Untuk buktikan aku konon tak nampak dia, aku pusing keliling taman perumahan. Aku sanggup tak masuk rumah sebab aku tak nak lalu sebelah dia. Lama-lama aku dah tak larat nak pusing, rasa nak balik rumah, tapi dia masih ada lagi. Aku terpaksa tabahkan hati buat macam tak ada apa². Aku letak motor betul² sebelah dia. Aku turun, lalu buat macam tak nampak & tak perasan dia. Lepas tu terus kunci pintu rumah. Muka macam tak ada apa, tapi jantung dah berdegup kencang macam baru lepas marathon dengan usain bolt!
Kami dapat cuti 2 minggu lepas habis semester pendek. Aku & kawan aku, kami orang yang terakhir balik. Kami kemas rumah bagi bersih & cantik. Tapi bila aku balik sini minggu lepas, sebab aku orang pertama balik sini, aku tengok keadaan rumah bersepah. Bersepah tak macam yang kami tinggalkan sebelum balik. Rumah bau busuk sangat macam bau bangkai yang berulat, macam sampah yang dah berminggu² tak buang.
Kawan aku simpan motor dia dalam rumah sebab dia tak bawak balik motor. Aku tak tau macam mana boleh ada pisau dalam raga moto dia. Lepas tu, paip air tandas bilik bawah terbuka. Air melimpah dalam tandas tu. Padahal aku orang terakhir guna tandas tu, itupun aku cuma salin baju sebelum balik rumah keluarga dan lantai pun dah kering. Siapa yang buka paip air tu, sedangkan aku orang yang terakhir?
Aku pernah nampak ada benda tengah selongkar tong sampah sambil berkeliaran dekat dapur. Bila aku nak pergi tengok, benda tu macam perasan aku. Dia lari duduk atas rak pinggan mangkuk. Jatuh satu cawan plastik. Aku dah rasa tak sedap hati, tak jadi pergi dapur. Aku buka lampu ruang tamu & tidur dalam cahaya.
Aku ada cerita dekat kawan-kawan aku, tapi ada yang aku simpan sendiri sebab ada kisah yang seram sangat. Lepas aku cerita, mulalah seorang demi seorang buka cerita. Jadi setiap kali mereka nampak atau rasa tak sedap hati, mereka cerita dekat aku.
Banyak lagi benda pelik yang jadi. Dengar bunyi guli, rasa macam orang lalu belakang kita, cawan tiba² jatuh, suis lampu/kipas tiba² tertutup dan tudung saji yang kukuh atas meja tiba² jatuh. Banyak sangat tiba².
Info yang aku dapat daripada orang sini, dulu kawasan perumahan kami ni hutan belantara. Mereka kata dulu orang banyak buang benda dekat sini. Ada yang kata selalu ada bungkuih(pocong) kawasan sini. Mereka sendiri takut nak datang kawasan ni sebab seramnya lain macam, tapi kami berani sangat sewa kawasan ni.

sekian.

Hospital paling berhantu

Kira-kira sepuluh tahun lalu saya berbual dengan seorang sifu qigong bernama Master Wee. Kata Master Wee, dia juga boleh melihat dan berkomunikasi dengan hantu serta roh orang mati.

Sebagai wartawan, saya bertanya kepada Master Wee, di manakah tempat paling berhantu di Lembah Klang? Lalu disebutkannya satu persatu, antaranya sebuah hospital yang besar dan terkenal.

Master Wee turutm mendakwa dirinya boleh nampak roh-roh mundarmandir di tepi jalan di hadapan hospital itu. Adakalanya roh itu mengganggu kenderaan yang lalu lalang hingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Biasalah… hospitalkan tempat orang mati. Roh mereka ini ada yang tidak aman. Ia berkeliaran di situ,” begitulah cerita dan pendapat Master Wee dalam konteks kepercayaan bangsanya. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, terpulang. Hospital mana, maaflah ya. Nanti ada yang takut pula.

Sebuah lagi hospital yang dikatakan berhantu di negara kita adalah Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras. Hospital ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Ia dibina khusus untuk pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering.

Pada peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri daripada pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray dan pembantu jururawat. Ia mula menerima pesakit pada Ogos 1955.

Hospital Lady Templer bagaimanapun ditutup pada tahun 1985. Hanya sebahagian sahaja yang dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Khabarnya rumah mayat hospital ini pernah menempatkan korban tragedi 13 Mei 1969.

Sejak penutupan hospital tersebut, diceritakan banyak kisah misteri berlaku di situ, sampailah sekarang. Antaranya jelmaan lelaki berpakaian serba putih seperti doktor berdiri di tepi tingkap, perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang, suara orang menangis dan mayat tanpa kepala.

Kumpulan-kumpulan paranormal sering menjalankan aktiviti memburu hantu di bangunan terbengkalai ni dan seringkali tidak menghampakan. Pasti ada entiti-entiti aneh berjaya mereka kesan.


TANGISAN MISTERI

Sebenarnya, bukan saja di negara kita, kisah hospital berhantu juga dikatakan berlaku di seluruh dunia. Salah satunya adalah Hospital Jiwa Sai Ying Pun, di Hong Kong. Dibina pada 1892, hospital ini pernah digunakan sebagai kuarters jururawat. Ia kemudian ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan menggunakannya sebagai tempat seksaan para tawanan perang. Banyak nyawa terkorban di sini.

Hospital Sai Ying Pun dijadikan hospital mental pada 1947 hingga 1961 dan seterusnya menjadi pusat rawatan psikiatri sehingga 1971. Selepas ditutup, masyarakat setempat sering terdengar suara wanita menangis serta bunyi dentuman yang menakutkan dari dalam bangunan tersebut.

Mereka juga sering terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan, jelmaan seorang lelaki di tingkat dua yang kemudiannya tiba-tiba terbakar serta kelibat-kelibat aneh berkeliaran pada waktu malam.

Hospital Nocton Hall di Engand pula asalnya merupakan kediaman mewah pembesar negeri. Ia kemudian digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai hospital tenteranya semasa Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, hospital lama itu dibiarkan terbengkalai mulai 1995 ekoran berlaku kebakaran yang menyebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.

Pelbagai kejadian misteri berlaku di sini. Antara yang paling kerap dilihat adalah kelibat seorang gadis berkeliaran di dalam bangunan itu sambil menangis teresak-esak dengan suara yang amat sayu. Ramai yang mengadu mereka akan terjaga pada pukul 4.30 pagi dan melihat si gadis menangis di hujung katil.

Dikatakan gadis itu adalah bekas seorang pekerja di hospital berkenaan yang telah dirogol dan kemudian dibunuh oleh anak lelaki pemilik Nocton Hall sebelum ia dijadikan hospital tentera.

Hospital Royal Hope di Florida, Amerika Syarikat (AS) dibina pada 1784. Ia dijadikan hospital tentera Sepanyol sehingga 1821, sebelum diruntuhkan atas sebab-sebab tertentu. Sebuah bangunan baru kemudiannya dibina menjadi rumah kediaman mangsa-mangsa Perang Seminole, tetapi ketika kerja-kerja pemasangan paip dilakukan, para pekerja mendapati bangunan tersebut rupa-rupanya dibina di atas tanah perkuburan masyarakat asli Amerika.

Dikatakan ramai yang terdengar suara rintihan dan jeritan dari bilik-bilik kosong di situ. Pada waktu yang lain, katil tiba-tiba bergerak sendiri, teko air menggelongsor di atas lantai dan meja, serta kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam bilik kosong.


KEJADIAN ANEH

Satu lagi hospital yang disenaraikan sebagai antara paling berhantu di dunia adalah Hospital Whittingham, di Preston, Lancashire, England. Dibuka pada 1873, ia merupakan hospital mental terbesar di England pada ketika itu.

Banyak kejadian aneh berlaku di sini. Dikatakan banyak kali berlaku pesakit tiba-tiba terkunci di dalam sebuah bilik kecil di bawah tangga dan di dalam bilik air.

Paling menakutkan adalah rambut pesakit ditarik “sesuatu” dan leher mereka dijerut dengan tuala basah hingga tidak sedarkan diri.

Ada pihak mengaitkan kejadiankejadian misteri ini dengan peristiwa seorang pesakit tua yang mati disembelih oleh seorang jururawat.

Namun begitu, barangkali daripada sekian banyak hospital berhantu di dunia ini, yang paling misteri adalah Waverly Hills Sanatorium, di Louiseville, Kentucky, AS. Hospital yang dibina pada 1908 ini asalnya digunakan sebagai pusat rawatan pesakit batuk kering yang merebak ketika itu.

Ramai yang meninggal dunia ketika dirawat di situ. Antara kisah misteri paling terkenal berlaku di pintu masuknya.

Dikatakan ramai pengunjung mendakwa terserempak dengan jelmaan seorang wanita tua berlari di situ dalam keadaan badannya diikat rantai dan dipenuhi luka serta darah.

Sambil berlari wanita tua itu meraung meminta tolong sebelum hilang begitu saja bagaikan kabus.

Di tingkat tiga bangunan tersebut pula kelihatan kelibat seorang gadis.Diceritakan ada kalanya gadis ini muncul seperti manusia biasa dan berbual dengan pengunjung yang hadir di hospital.

Pada waktu yang lain dia dilihat berdiri di tepi tingkap dan memandang ke luar dengan wajah yang sayu. Mereka menamakannya sebagai Mary.

Diceritakan bahawa kejadiankejadian misteri yang berlaku di sini ada kaitan dengan peristiwa seorang ketua jururawat membunuh diri pada 1928 kerana ditinggalkan kekasih dalam keadaan hamil.

Ia berlaku di Bilik 502. Kononnya juga berlaku kejadian seorang jururawat membunuh diri denganterjun dari tingkap bangunan itu pada 1932. Sejak itu kelibat seorang jururawat muda sering dilihat berlegar-legar di hospital berkenaan.

Ada juga yang mendakwa ternampak jelmaan seorang kanak-kanak di bumbung hospital. Kononnya suatu ketika dahulu budak itu ditempatkan di atas bumbung sebagai satu proses terapi bagi mendapatkan pancaran cahaya matahari secara optimum.

Tempat paling berhantu adalah di tingkat empat. Bayangan-bayangan aneh dilihat mundar-mandir, daun pintu terbuka dan tertutup sendiri dengan kuat serta suara jeritan dan bunyi bising kedengaran pada waktu-waktu tertentu.

Ada juga yang mendakwa terhidu bau masakan dari bahagian dapur yang telah lama terbiar. Malah ada yang mendakwa melihat jelmaan tukang masak bekerja di situ.

Di kaki lima hospital pula terdengar suara bisikan, tangisan dan jeritan misteri.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/hospital-paling-berhantu-1.232836#ixzz4kj6AK2lS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kebun Pak Mat

Assalamualaikum semua, nama aku Suraya. Sekarang aku pelajar universiti. Aku nak cerita pengalaman kakak aku yang ternampak hantu sewaktu kami cuti sekolah di kampung. 

Okay ini cerita dari kakak.
Haritu kakak saja pergi belakang rumah nenek naik basikal. Agak jauh kakak aku pergi untuk ambil angin. Umur kakak aku waktu tu 17 tahun dan aku 12 tahun, jadi dia agak bebas. Waktu tu dalam pukul 6pm, jadi dia tak risau sebab masih terang. 
Sampai ke kebun pakmat kakak aku menjelajah. Kebun pakmat memang tak terjaga. Tak berapa jauh dari rumah nenek aku tapi agak terlindung sebab sekitarnya hutan. Kebun tu agak luas dan ada banyak buah-buahan walaupun terbiar. Pokok pisang, rambutan, durian dan banyak lagi. Tambah lagi waktu tu musim rambutan. Banyak rambutan bersepah di tanah dan tergantung di pokok. Walaupun kakak aku geram nak petik, tapi dia tak petik. Sebab depan rumah nenek pun ada banyak buah rambutan. 
Tengah asyik kakak aku mengayuh, tiba-tiba kakak aku dengar suara macam berborak tapi dalam keadaan berbisik. Tambah pelik lagi, suara tu bukan dengar macam dari bawah, tapi atas pokok.
Kakak aku kata dia buat muka selamba tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Perlahan-lahan dia kayuh lagi laju untuk patah balik ke rumah nenek. Kayuh punya kayuh, besi roda tayar basikal pulak tercabut. Memang tak ada masa untuk dia betulkan, dia jalan dengan laju sambil bawak basikal.
Masa tengah berjalan, dia masih dengar suara tu. Bahasanya tak difahami, tapi makin kuat. Perasaan ingin tahu kakak aku meluap jadi dia pun mendongak keatas untuk tengok siapa atau apa yang bercakap. Tak tahu dari mana kekuatan dia untuk tengok, tapi memang dia betul-betul terkejut bila nampak ada satu pontianak terbang atas pokok. Pontianak tu terbang kehulu hilir sekitar pokok pisang. Bajunya warna merah darah dengan rambut yang sangat panjang tapi kusut. Kakak aku kaku, memang betul-betul kelu lidah waktu tu.
Yang paling menakutkan, pontianak tu pandang kearah kakak aku macam marah sebelum makhluk tu mengilai. Kakak aku apa lagi, terus lari tinggalkan basikal. Sempat kakak aku toleh belakang dan benda tu ikut kakak aku macam kejar sambil mengilai. Kakak aku lari sampai kawasan yang terbuka. Dia toleh pontianak tu dah tak ada. Itulah kali pertama kakak aku nampak hantu, jadi esoknya dia demam.
Esoknya aku cerita dengan kawan-kawan sekampung. Sebenarnya mereka semua dah tau yang kebun pakmat memang macam ada "penjaga". Ramai yang dah nampak benda menakutkan waktu lalu tepi kebun pakmat. Ada yang kata pakmat sibuk uruskan kerja dia bandar sebab tu dia "upah" penjaga untuk jaga kebun dia. Sama ada cerita itu betul aku pun tak tahu. 
Tapi bagi aku, orang yang bela "penjaga" ni agak selfish. Iyelah, kampung ni bukan kampung dia sorang je. Walaupun itu tanah dia, tapi fikirlah orang yang lalu tepi jalan untuk melintas. Bila jadi benda-benda macam ni, orang trauma sebab nampak benda yang tak sepatutnya kita nampak. Contohnya kakak aku. Kakak aku pun satu, berani betul pergi hutan sendiri. Apa-apa pun, aku harap cerita aku ni dapat bagi pengajaran.

Dirasuk empat makhluk halus


Assalamualaikum, nama aku nana. A
ku ada kelebihan yang orang kata sebagai sixth sense. Walaupun aku tak boleh nampak secara langsung, tapi aku boleh rasa kehadiran makhluk ghaib. Aku ingin bercerita tentang satu pengalaman misteri yang aku alami
.
Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2010. Waktu itu aku baru menamatkan diploma dan sedang menunggu keputusan. Ramai kawan-kawan aku bercadang untuk bekerja sampingan. Aku memilih untuk membantu dalam program perkhemahan anjuran universiti, disamping orientasi kepada pelajar baru persatuan kami. Lagipun pensyarah yang mengajak aku untuk ikut sekali.

Nak dijadikan cerita,
 aku ikut membantu di malam perkenalan. Program pertama malam itu berjalan dengan baik. Program kedua adalah acara duduk keliling unggun api dan renungan malam. Program itu bermula pada pukul 12 malam dimana pelajar baru bernyanyi sambil berjalan mengelilingi unggun api

Waktu acara itu berjalan, aku rasa macam ada ramai sangat orang disitu. Lebih dari yang sepatutnya. Padahal jumlah keseluruhan pelajar baru, fasilitator dan pensyarah adalah dalam 50 orang sahaja. Aku juga rasa macam ada makhluk besar yang mengawasi kami dan 
makhluk yang terbang melayang-layang di udara. Aura mereka seperti tidak senang dengan kehadiran kami. Oleh kerana itu, aku menasihati mereka untuk berhati-hati sebab aku risau kalau apa-apa jadi.

Tiba-tiba, ada seorang pelajar perempuan pengsan. Aku apa lagi, terus pergi kearah dia, sebab kebetulan aku ada dekat dengan mereka. Aku cuba nak papah dia supaya dia duduk dalam dewan. Aku dan beberapa orang fasi lain cuba untuk papah, tapi pelik sebab badan dia betul-betul berat tak sesuai untuk badan macam tu. Walaupun berat, kami papah sampai masuk dewan.

Ada jugak fasi lain yang cari ustaz dan pensyarah. Kami terus ke bilik kecik dalam dewan. Dalam tu ada katil yang kami sudah sediakan kalau ada pelajar sakit. W
aktu aku masuk ke pintu dewan, aku perasan ada angin yang berhembus betul-betul dekat pipi. Apalagi, naik terus bulu roma aku. Tapi aku taknak banyak fikir dan buat macam biasa. Kami baringkan pelajar itu dan ada seorang fasi yang urutkan kepala dia. Tiba-tiba lampu bilik mati! Kami betul-betul terkejut sebab cuma bilik tu saja lampu tiba-tiba mati. Kami cuba tengok kalau ada masalah lampu atau elektrik tapi tak ada. Ramai yang berkumpul diluar bilik. Ustaz dan pensyarah terus datang untuk tengok keadaan budak tu.

Tiba-tiba pelajar perempuan tu duduk, tapi pandangannya kosong. Ustaz seperti tau apa yang nak buat terus bagi salam. Kami mengarahkan pelajar lain untuk duduk luar sebab tak mahu yang lain takut. Yang tinggal dalam bilik tu cuma ustaz, pensyarah dan beberapa orang fasi termasuk aku. Lepas ustaz bagi salam, terus pelajar tu jawab salam. Kami betul-betul terkejut sebab bukan suara perempuan yang keluar, tapi suara garau macam lelaki! Kami perasan macam ada 3 suara berlainan yang jawab salam dan suara itu keluar dari mulut pelajar tu! Terus ustaz tanya beberapa soalan dekat "pelajar" tu.

ustaz : assalamualaikum, boleh saya tau nama kau?
suara 1: wa`alaikum salam, saya anaknya..
suara 2: wa`alaikum salam, saya neneknya..
suara 3: wa`alaikum salam, saya penjaga dari abangnya...
suara 4: wa`alaikum salam, saya penjaga dari ibunya..
ustaz : kenapa kamu ada dalam badan budak ni?
suara 1: kami disini untuk melindungi anak ini, kerana banyak makhluk yang ingin ganggu dia..
ustaz : keluar kamu dari badan dia sekarang. Kami yang ditugaskan untuk jaga dia sementara dia disini, jadi kamu semua tak perlu risaukan dia.
suara 1 : baiklah jika begitu, assalamualaikum.
suara 2 : assalamualaikum...

Lepas dengar salam dari suara terakhir, pelajar itu terus tidur dan lampu bilik pun terpasang dengan sendiri. Pelajar itu pun terus sedar.

Siasat punya siasat, kami dapat info dari kawan-kawan rapat pelajar itu yang dia memang diberi saka dari ibunya. Dan pelajar itu selalu dirasuk oleh 4 makhluk halus itu juga, lagi kalau dia berada di tempat-tempat yang agak keras.

Kisah aneh diSekolah



Assalamualaikum semua. Aku dulu budak sekolah agama. Waktu tingkatan tiga, aku alami masalah gangguan makhluk halus. Maklumla kan sekolah berasrama penuh.

Pernah ada kes kecurian besar-besaran di sekolah. Ada seorang pelajar bangun pagi nak mandi, dia terjumpa tiga dompet tersusun satu-satu atas setiap tiga anak tangga. Malam berikutnya pun jadi lagi macam tu.

Ada kejadian, seorang akak ni memang rajin belajar. Bilik belajar dekat dengan ampaian. Akak tu perasan ada sesuatu tegur dia. Tengok belakang ada pocong. Terus dia lari naik bilik. Memang kisah pocong tu tersebar satu asrama.

Setiap malam ada pelajar nampak pocong berkeliaran di koridor. Memang setiap bilik diarahkan oleh warden untuk 
dua orang berjaga setiap jam. Lampu koridor diarahkan tutup. Bayangkan dalam gelap gelita tu, hanya Allah saja yang tahu. Rasa takut sangat sampai ada yang sanggup letakkan AlQuran di atas pintu masuk bilik. Dan masing-masing selit yaasin bawah bantal. Kes tu sampai sekarang masih belum tahu siapa dalangnya.

Yang paling aku tak boleh lupa waktu aku tingkatan lima. Ada rombakan di sekolah. Pelajar tingkatan enam akan diserap masuk. Itu batch pertama pelajar tingkatan enam. Waktu tu aku jadi ketua bilik. Aku sebilik dengan dua orang kakak tingkatan enam. Pada mulanya hari-hari berjalan macam biasa. Cuma menjelang musim peperiksaan, pelajar kebanyakannya akan berjaga. Jadi 
dua orang kakak ni memang suka belajar di bilik belajar bawah. Macam biasa setiap pagi kami akan ada perhimpunan pagi, baca Al-Quran dan tafsir. Tingkatan lima selalunya berbaris sebelah Tingkatan enam. Aku duduk sebelah akak tu. 
Nak dijadikan cerita, tengah baca Al-Quran tiba-tiba akak tu jatuh. Aku memang tak sedap hati. Jatuh orang pengsan dengan jatuh orang yang ada “benda” ni lain. Jatuh dia bunyi macam burung jatuh atas lantai. Memang ringan sangat. Terus kawan-kawan dia angkat dan bawa masuk kelas.

Waktu dalam kelas, tiba-tiba dengar ada orang menjerit sambil berlari dekat koridor. Memang dari cerita kawan-kawan dia, akak ni ada masalah gangguan. Ada benda yang menumpang dalam badan dia. Dalam kelas waktu subjek agama, mesti dia menjadi-jadi. Dia akan mengamuk lempar barang yang ada atas meja. Cakap seorang diri. Macam-macam lagi lah. Ada satu hari, waktu program bacaan yasin disurau, waktu tengah baca yasin badan aku dah mula sakit-sakit. Menyucuk satu badan dan dada aku sesak nafas. Aku dah rasa lain macam. Tiba-tiba kakak tu menjerit histeria. Dia marahkan orang yang jadi ketua bacaan yasin tu. Dia jerit-jerit. Nasib la kawan-kawan dia dah berpengalaman dan bacakan sesuatu dekat dia.

Malam tu lepas habis waktu prep aku terus naik bilik. Macam biasa semua koridor dan bilik masih gelap sebab aku selalu tak makan supper. Bilik aku tu samar-samar sikit sebab ada lampu jalan bahagian koridor belah tingkap tu. Aku masuk pintu bilik aku sambil cuba capai suis lampu. Waktu tangan aku nak capai suis lampu, tiba-tiba aku nampak sesuatu tengah mencangkung atas katil akak yang histeria tadi sambil tengok aku. Aku buat tak tahu ja sebab sebelum ni pon aku pernah nampak. Aku baca bismillah and terus hidupkan lampu. Aku sebenarnya berani bila keadaan terang sahaja. Dalam gelap aku penakut. Keesokannya dengar cerita ada pelajar jumpa serbuk kayu dan ulat atas katil dalam satu bilik.

Minggu cuti persekolahan. Ramai pelajar balik. Tapi aku dan beberapa orang pelajar lagi tak balik. Maklumla tak ada orang nak ambil. bayangkan dalam satu asrama yang ada 21 bilik, tinggal kami 20 orang sahaja. Nasib baik dalam bilik aku ada seorang lagi tak balik. kira kami berdua saja dalam bilik tu. Aku jenis spesis tidur awal. Jadi memang aku tidur awal malam tu. Aku tersedar tengah malam sebab aku rasa ada sesuatu sentuh tangan aku. Waktu aku terjaga, aku nampak kelibat orang lari ke hujung almari dan mencangkung sambil tengok aku. Aku buat-buat berani dan pejam mata balik. Lepas tu aku perasan benda tu keluar balik berjalan ke arah tandas. Bayangkan tapak kaki pon aku tak dengar waktu dia jalan. Aku pejam mata balik. Beberapa minit lepas tu benda tu datang lagi berjalan masuk bilik dan keluar. Waktu tu takut sangat Allah saja yang tau. Kawan aku sedap tidur nyenyak tapi tak tutup pintu bilik. Aku terus bangun tutup pintu dan buka satu lampu. Waktu aku cuba nak pejam mata balik, aku perasan ada orang buka pintu. Benda tu buka pintu sambil tenung aku, pastu dia tutup kuat dan terus berlalu ke arah tandas.

keesokannya waktu subuh di surau. Aku cerita dekat kawan aku kejadian semalam. Dan rupanya, kawan-kawan aku yang lain pun kena ganggu malam tu. Dari segi kawan-kawan aku cerita tentang benda tu, memang sama dengan apa yang aku nampak semalam.

Ini kisah benar yang aku alami. Kebanyakan orang yang tak pernah alami mungkin takkan percaya kisah aku.

Mesin Jahit Berhantu II

Sambungan dari yang lepas...

Mungkin aku tak cerita tentang abah aku. Abah cuma tidur rumah nenek 2 hari saja. Lepas hantar kami balik kampung, abah ikut kawan dia outstation sebab nak membantu. Kawan abah kontraktor. Abah memang tak biasa duduk rumah, mesti nak buat sesuatu. 

Aku ada cerita dekat abah tapi abah kata, “Jangan sampai adik ikut die!”. Masa abah cakap ni aku tak berapa paham. Aku ingat abah cakap macam ibu; jangan layan perasaan”. Rupanya abah tahu, sebab tu abah tak nak lama dekat kampung. Lagipun ni nenek belah ibu aku. Biasalah, mana ada menantu lelaki suka duduk rumah mentua lama-lama.

Lepas nenek aku campak pinggan ke lantai, aku memang bentak habis. Aku jerit kearah nenek sekuat hati sebab aku nampak makhluk tu belakang dia. Aku tahu bukan nenek yang marah tapi benda tu. Sorang perempuan tua rambut panjang! Muka dia bengis. Bengis sampai aku tak tahu nak huraikan macam mana. Walaupun masa tu tengahari. Benda tu wujud lepas aku baca ayat Qursi. Ibu pun nampak tapi ibu senyap tapi menangis.
Aku lari masuk bilik. Dalam bilik, aku tenung mesin jahit tu. Aku nampak mesin jahit tu guna jarum emas! Aku rasa unik sebab aku tak pernah jumpa jarum emas. Aku capai tudung dan keluar dari rumah nenek. Aku tak berapa tahu selok belok kampung ni, tapi aku bawak basikal ke rumah kawan sekelas aku. Aku mintak kawan aku bawak ke rumah ustaz yang ajar aku subjek agama dekat sekolah.
Sampai rumah ustaz, ustaz pelik tengok aku. Kawan aku pun cerita dekat ustaz apa yang aku alami dirumah nenek. Ustaz mula berubah muka. Aku tahu die seram. Aku tahu die sendiri terkejut. Tapi aku tak kira! Aku nak benda tu keluar dari rumah!
Ustaz bawa kami naik kereta ke rumah seorang imam. Aku tak kenal semua orang dekat kampung ni. Ustaz aku cakap pakcik tu imam. Pakcik tu mula tanya aku macam-macam soalan dan aku pun jawab.
Pakcik tu kata itu mungkin saka. Saka tu nak beralih tempat dan nenek aku dah tak larat nak jaga. Aku tanya pakcik tu, kenapa benda tu lebih agresif pada waktu malam di mesin jahit? Tapi aku disuruh balik dulu. Dia berikan air bacaan surah ruqyah. Aku pun ada hafal sikit surah-surah ruqyah sebab di sekolah lama dulu, memang kami disuruh hafal. Sampai rumah, nenek terlantar sakit. Aku tuang air yang pakcik tu bagi dalam cawan untuk nenek minum. Nenek pun minum.
Tahu apa yang jadi?
Nenek terus muntah jarum! Kalau orang santau biasanya keluar segala paku atau kaca, tapi nenek aku keluar jarum. bukan jarum biasa tapi jarum jahit yang besar. Jarum mesin yang warna emas pun ada. Banyak sangat ya Allah. Aku ngeri tengok nenek macam tu. Nenek umur 89 tahun, kudrat dia untuk muntah buatkan aku menangis. Ibu pun nangis sama.
Semakin hari semakin teruk. Aku tak boleh tidur sendiri sebab katil aku macam berat sebelah. Macam ada orang sebelah aku. Jadi aku tidur dengan ibu di bilik nenek sebab ibu jaga nenek. 

Lain pula ceritanya bila tidur bilik nenek. Setiap pukul 3 pagi, aku akan nampak pempuan tua tu hisap kaki nenek. Aku baca ayat Qursi dalam hati, cuba untuk tak buka mata. Kadang-kadang aku nampak arwah atok jalan-jalan dalam bilik nenek. Allah.. Hampir gugur jantung tapi aku bertahan. Aku genggam baju ibu sebab terlalu takut. Tiap kali benda tu hisap kaki nenek, nenek menjerit meracau. Aku jadi stress yang teramat. Benda sama berlaku untuk beberapa malam.
Aku perasan nenek akan sakit teruk bila malam. Jadi malam 3 hari selepas kejadian, aku dan ibu baca yasin sebelah katil nenek. Dari awal kami datang, nenek tak bagi kami baca yaasin sebab dia kata bising susah nak tidur. Tapi kali ni aku berkeras cakap dekat ibu untuk baca yasin sebelah katil nenek. Sangkaan aku, nenek terlantar saja dan benda akan bertambah baik. Tapi aku salah. Mesin jahit di bilik tidur sebelah mula berbunyi macam ada orang menjahit dengan ganas! Ibu dah mula nangis dan berhenti baca. Aku tahu ibu takut sebenarnya, jadi aku kuatkan semangat. Aku baca sekuat hati. Nenek dah menggelupur kata dia sakit. Aku tak peduli. Aku tak nak benda ni beralih dekat ibu aku. Aku pun taknak! 

Nenek tak ada anak lain selain ibu lepas semua anak-anak lain tak hiraukan dia. Awalnya aku marah dengan pakcik & makcik aku sebab tak jaga nenek. Mereka duduk lagi dekat dengan rumah nenek dari kami. Aku dan ibu yang duduk jauh yang diminta balik ke kampung. Tapi lepas apa yang jadi, aku tahu pakcik & makcik aku sebenarnya taknak benda ni beralih tuan! pakcik & makcik aku tak nak syaitan yang nenek bela!
Ibu capai telefon di tepi katil. Ibu telefon ustaz kampung ni sebab ibu tengok nenek dah terlalu nazak. Aku gagahkan diri baca yaasin sampai habis. Mulut nenek makin berdarah, ada lagi banyak jarum keluar dari mulut. Kaki nenek pun mengelupas teruk. Lama-lama aku menangis. Menangis sebab aku kesiankan nenek. Dia dah tua! Aku habiskan baca yasin dan sapu muka nenek sambil selawat. Kau nak tau muka nenek aku macam mana masa tu? Macam mayat yang dah bertahun mati! Teruk seteruknya!
Jiran aku yang dengar bunyi riuh rendah dekat umah mula datang. Makcik-makcik yang datang ni macam berbisik-bisik. Langsung tak membantu. Bacakan yaasin ke. Mengumpat je lebih! Ada yang aku dengar “pergi beralih kat sapa?” diorang tanya satu sama lain. Masa ni aku memang geram.
Ada seorang makcik ni. Dia duduk betul-betul depan pintu bilik nenek. Dia tak bagi orang lain masuk sebab die tak nak orang lain nampak aib nenek aku dalam keadaan tu. Nanti kena umpat keji orang kampung. Dia tahu nenek ada saka dan nenek bela hantu raya! Allah.. Berderai jantung aku. Masa ni aku memang marah dengan nenek sampaikan aku cakap dalam hati, “Ya Allah.. Matikanlah nenek aku sekarang!” sebab aku dapat rasakan lagi lama nenek hidup, kami yang lebih menderita.
Ustaz pun sampai. Sekali dengan imam kampung. Semua tahu nenek ada saka. Tengok pada keadaan nenek, imam suruh buka semua pintu dan tingkap. Kau bayangkan malam-malam buta kene buka semua pintu tingkap! Sejuk lagi sebab angin kuat malam tu.
Pak imam azankan bilik nenek. Makin lama makin bingit dengan bunyi mesin jahit dari bilik aku tu. Kuatnya nauzubillah. Ditambah dengan bau busuk yang teramat. Imam azankan setiap penjuru rumah. Makin imam kuat laungkan azan, makin kuat aku dengar bunyi mesin jahit. Aku nampak kaki nenek pecah teruk sebab banyak jarum keluar dari kaki. Muntah lagi. Aku rasa beratus batang jarum dalam baldi dia muntahkan.
Aku hanya mampu nangis. Ibu pun sama. Nenek pegang tangan ibu, nenek mintak ibu terima. Tapi aku tegas cakap kat ibu utk jangan terima! Sekali kalau terima, inilah akibatnya nanti!
Ibu antara dua. Nak terima atau tak. Sebab aku tahu ibu kesian tengok nenek. Ustaz kata jangan terima. Nanti akhirnya begini.
Disebabkan ibu tak nak terima, nenek nazak begitu untuk beberapa hari. Sepanjang hari-hari itulah, mesin dalam bilik tidur aku tu bising macam orang tengah menjahit. Aku tanya ibu, siapa yang bawak mesin tu turun? Ibu cakap nenek yang bawa turun dari loteng.
Maknanya apa? Maknanya mesin nilah yang aku dengar di loteng tu!!
Aku minta ibu cakap jujur, supaya cerita dekat aku. Dan ibu pun cerita. Ibu cerita aku ni anak ke empat sebenarnya. 3 lagi abang & kakak aku dah mati masa dalam janin lagi sebab jadi makanan hantu raya nenek. Dulu nenek orang susah. Ambik upah menjahit untuk sara ibu & adik beradik. Jadi nenek bela saka, ambik susuk dan bela hantu raya supaya ramai pelanggan. Atok meninggal lepas berjaya buang satu daripada susuk yang nenek pakai. Mesin jahit tu nenek dah puja supaya tak berat untuk dia menjahit. Ibu rahsiakan benda ni dari aku sejak aku kecik. Aku makin benci dekat nenek masa tu. Benci teramat!! Aku memang mintak dia mampus cepat sebab die dah menyusahkan aku dan ibu.
Dipendekkan cerita, aku telefon ustaz aku di sekolah lama. Dia antara pengamal perubatan isla, di Darul Syifa’. Aku bagi alamat rumah kampung dan minta dia datang dengan jemaah yang lain.
Esoknya petang nak dekat senja baru ustaz tu sampai dengan beberapa orang yang lain. Mereka kata, mereka bertolak awal dan sepatutnya sampai tengahari, tapi mereka seperti di “sorok” dan hanya berpusing-pusing di kawasan sama hinggalah waktu senja. Aku yang menyaksikan akibat belaan ni jadi insaf! Takut pun ada. Bukan takut dekat syaitan, tapi takut azab Allah kelak sebab menduakan Dia.


Ustaz minta izin untuk masuk bilik nenek. Ustaz buka semua pintu & tingkap bilik. Terus ustaz mula azan. Mata aku mula melilau pandang kiri kanan. Sebab ustaz nak cuba buang saka tu dari nenek. Aku risau kalau saka tu pergi ke aku!

Ustaz minta aku dan ibu keluar dari bilik nenek. Ustaz azan dan aku dengar beberapa ayat Quran yang ustaz baca kuat. Pada masa sama, aku dengar nenek muntah dan lantai bilik terderai bunyi jarum.
Seorang pembantu ustaz keluar dari bilik tu dan tanya kami, “Mana nenek simpan jarum emas?”
Aku tak tunggu lama, terus tunjukkan jarum emas yang aku nampak di mesin jahit bilik aku. Ibu termangu tak tahu kat mana nenek simpan. Pembantu ustaz bacakan ayat di jarum tu sebelum cabut dari mesin sebab dia macam payah nak cabutkan jarum pada mulanya. Lepas cabut, nenek menjerit kuat. Seram bila aku dengar suara nenek meraung!
Pembantu ustaz terus bungkus jarum emas tu dalam kain putih dan diikat sekali dengan duri landak. Aku tak tahu kenapa mesti guna duri landak.
Ustaz panggil ibu masuk, minta ibu ajarkan syahadah ditelinga nenek. Masa tu mata nenek dah tersembul macam hampir terkeluar. Mata nenek keatas. Tangan dan kaki semua kejang. Aku hanya mampu istigfar tengok keadaan nenek. Pembantu ustaz letak jarum yang diikat dalam bekas botol kaca dan di tutup kuat.
Lama keadaan nenek macam tu, hinggalah subuh esoknya. Nenek akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang bagi aku cukup ngeri. Muka nenek lebam-lebam macam kena pukul dengan kuat! Badan nenek pecah-pecah bernanah.
Aku, ibu, mak sedara dan seorang makcik sama-sama mandikan jenazah. Aku belajar dari mereka. Kami semua senyap. Aku nampak ibu teramat sedih. Lebih daripada mak sedara aku yang lain.

Lepas selesai urusan dan tahlil, ustaz kata dia akan buang benda tu di sungai. Tapi dia pesan kat aku, benda ni tak bermakna akan hilang selamanya. Benda tu akan cuba untuk masuk kalau aku leka. Sebab tu sampailah sekarang, kalau aku buat sesuatu, aku rasa ada benda yang memerhati.
Cerita aku ni untuk pengajaran bukan untuk aibkan nenek aku. Nenek aku dah meninggal lebih 3 tahun.